Isteri Untuk Dijual


Bella ( Nora Danish ), asalnya menjadi model sambilan majalah namun kini sudah pun menjadi model terkenal selepas dia menjadi penghias kulit majalah terbaru syarikat Reza ( Kamal Adli ) . Perkenalan pertama di antara Bella dan Reza di dalam pencarian wajah baru itu membuatkan Reza tertarik dan jatuh hati kepada Bella kerana perwatakannya yang cantik, jelita, lemah lembut, manja, manis dan mempunyai ciri-ciri wanita idaman setiap lelaki. Perkenalan mereka itu berakhir dengan ikatan pernikahan. Namun apabila sudah bernikah, Bella sebenarnya mempunyai sikap yang berbeza dari sikap sebenarnya. Hari demi hari perkahwinan Reza dan Bella dilanda masalah.

Reza mencari pelbagai jalan untuk memutuskan ikatan perkahwinannya dengan Bella sehinggalah dia berjumpa denga Adi ( Azwan Kombos ) , seorang pemilik kedai roti yang sama taraf dengan Reza. Bermulah dengan perkenalan itu, Reza mula mengatur strategi dan perancangan bersama Adi untuk membantunya dalam menyelesaikan masalahyang dihadapi Reza. Namun, segalanya tidak seperti yang dirancang kerana berlaku satu insiden yang membuatkan Bella berubah hati dan mula berubah sikap kepada yang lebih baik. Jika dibandingkan kehidupan Bella yang dulu dan kini, perbezaannya sangat ketara dan Reza mula panik dengan perubahan ini.


Share this video :
 
Tonton Drama KB - U Gembira I Pun Happy