Post Lain: Senarai Penuh Drama & Telemovie
Ku Kirim Cinta Ep28
Nisha antara percaya dengan tidak kata-kata Farhan, teringat kata-kata Hamid yang Zarul telah meninggal dunia. Bagaimanapun dia jadi keliru bila memikirkan kata-kata Fatimah yang menafikan Zarul telah meninggal dunia. Liyana yang mengetahui yang Farhan telah memberitahu perkara sebenarnya kepada Nisha, pulang semula ke resort Maisara. Liyana mengakui kebenaran kata-kata Farhan dan selama ini yang membalas mesej Nisha adalah Farhan. Mesej-mesej cinta Nishalah yang merubah pendirian Farhan terhadap cinta. Namun Nisha tidak sepatutnya menyalahkan Farhan kerana itu adalah janji Farhan dengan Zarul sebelum Zarul meninggal dunia. Nisha masih tidak dapat menerima penjelasan Liyana. Namun kehadiran Zainab dan Khalid, mengiyakan lagi tentang kematian Zarul. Zainab memberitahu Fatimah mengalami kemurungan sejak kematian Zarul sebab itulah Fatimah tidak dapat menerima kematian Zarul. Setelah mengetahui apa yang berlaku, Nordin yang kononnya kecewa dengan Liyana telah menyindir Liyana.
Labels:
Ku Kirim Cinta

