
Post Lain: Senarai Penuh Drama & Telemovie
Encik Suami Mat Salih Celup Ep11
Ian terpaksa selamatkan Iman bila Iman hampir lemas. Walaupun sudah salah, Ian tetap pertahankan diri semuanya salah Imani. Imani geram dan nekad akan balas dendam. Selepas kejadian lemas itu, Ian memaksa Iman untuk belajar berenang dengannya tapi Iman berdegil dan ada saja alasannya. Iman tahu kalau dia belajar dengan Ian, pasti Ian akan membulinya. Tapi atas pujukan mama Julia, Iman terpaksa juga belajar. Ian seronok, ada peluang dia membuli. Tapi Ian mengajar dengan ikhlas dan betul tapi nselalu disyak wasangka Iman. Beberapa kali nak lemas, Ian selamatkan Iman. Dan Ian mahu Iman yakin dengan dia yang akan melindungi dia selagi dia bergelar isterinya. Untuk kelas BM nya, Ian bosan dengan mneulis karangan. Iman dapat idea best, suruh Ian dengar khutbah Jumaat, dan balik minta Ian terangkan semula padanya dan pada mama Julia. Terkial-kial Ian terangkan mulanya, sengaja nak bagi Iman seronok tapi bila Ian keluarkan hadis, Iman terkedu.

Labels:
Encik Suami Mat Salih Celup

