Showing posts with label Encik Suami Mat Salih Celup. Show all posts
Showing posts with label Encik Suami Mat Salih Celup. Show all posts

Encik Suami Mat Salih Celup Ep20 Akhir

Keluarga Ian cuba pujuk Ian agar batalkan pernikahan dengan Keisha tapi Ian tak peduli kerana Iman tahu semua salahnya. Iman ucapkan tahniah kepada Ian sebelum bergerak ke luar daerah. Ian langsung tak ada perasaan dan tak hantar pun Iman ke pintu pagar. Itu menambahkan lagi sedih Iman. Kesibukan di ekspo perkahwinan sikit sebanyak buatkan Iman lupa dengan Ian dan Keisha. Nuha, kawan baiknya menjadi teman bercerita. Nuha yang dapat tahu tentang Ian akan kahwin dengan Keisha marahkan Iman kerana tak berterus terang perasaannya pada Ian. Iman mengaku dia yang salah dan ego. Jazmin yang bengang, sanggup balik dari UK semata-mata untuk membelasah abangnya Ian. Jazmin serang Ian di pejabatnya. Ian tak ada jalan lain lagi bila semua marah dan salahkannya. Ian terpaksa terangkan hal sebenar. Along rancang nak sabotaj majlis nikah Ian dan Keisha tapi Angah mahu pujuk Ian dulu. Walaupun Angah dan Along pujuk Ian, Ian tetap dengan pendiriannya.

Encik Suami Mat Salih Celup Ep19

Keluarga Ian cuba pujuk Ian agar batalkan pernikahan dengan Keisha tapi Ian tak peduli kerana Iman tahu semua salahnya. Iman ucapkan tahniah kepada Ian sebelum bergerak ke luar daerah. Ian langsung tak ada perasaan dan tak hantar pun Iman ke pintu pagar. Itu menambahkan lagi sedih Iman. Kesibukan di ekspo perkahwinan sikit sebanyak buatkan Iman lupa dengan Ian dan Keisha. Nuha, kawan baiknya menjadi teman bercerita. Nuha yang dapat tahu tentang Ian akan kahwin dengan Keisha marahkan Iman kerana tak berterus terang perasaannya pada Ian. Iman mengaku dia yang salah dan ego. Jazmin yang bengang, sanggup balik dari UK semata-mata untuk membelasah abangnya Ian. Jazmin serang Ian di pejabatnya. Ian tak ada jalan lain lagi bila semua marah dan salahkannya. Ian terpaksa terangkan hal sebenar. Along rancang nak sabotaj majlis nikah Ian dan Keisha tapi Angah mahu pujuk Ian dulu. Walaupun Angah dan Along pujuk Ian, Ian tetap dengan pendiriannya.

Encik Suami Mat Salih Celup Ep18

Iman gembira bila tarikh kahwin Ian dan Keisha jatuh pada tarikh butiknya sertai ekspo di satu daerah agak jauh dari KL. Dapatlah dia larikan diri nanti. Iman terpaksa bersabar dengan sikap Ian yang buatnya macam tunggul. Setiap malam Iman menangis. Ian sebenarnya nampak Iman selalu menangis seorang diri tapi kuatkan hati yang dengan cara itu saja dia boleh ajar Iman. Kalau Firas tak boleh jumpa, Auni yang geram pergi juga menyerang Ian. Ian penat dan rimas dia pula yang terpaksa menjawab semua lalu minta Auni tolongnya (pakat sama berlakon). Akhirnya Angah dan Along Iman tahu juga Ian nak kahwin lain. Semua kecoh. Mama susah hati. Along nak mengamuk pada Ian tapi disabarkan oleh Angah kerana mereka perlukan penjelasan daripada kedua-dua pihak. Iman yang dipanggil mengadap mereka terpaksa juga mengakui dia yang beri izin pada Ian untuk kahwin lagi. Along tak puas hati lalu pergi berjumpa dengan Ian yang kebetulan sedang dating dengan Keisha.

Encik Suami Mat Salih Celup Ep17

Ian balik dengan lebam di dahi dan luka di bibir. Bila ditanya Iman, Ian bengang dan balas jangan masuk campur urusannya. Iman kecewa juga tapi terpaksa akur sebab semuanya berpunca daripada dia. Iman terdetik juga hati untuk minta maaf dan luahkan cintanya tapi rasa ego masih menebal bila tengok Ian juga ego dan tak pedulia ap yang dia buat. Iman masak untuk Ian tapi Ian tak usik pun malah menyindirnya. Iman masak makanan barat untuk ambil hati tapi Ian tetap bersikap sarkastik. Dora datang jumpa Iman dan minta maaf. Iman pelik. Rupa-rupanya Naim sudah jelaskan yang dia mahu kembali kepada Iman kerana sikap Dora yang tak memahaminya dan Naim masih cintakan Iman. Ian dan Keisha datang lagi ke butik Iman berbincang tentang hantaran. Iman melayan mereka dengan lagak cuba kuatkan hati tapi hanya untuk seketika. Iman nampak Ian langsung tak gembira pun. Kemudian Iman keluar dengan alasan ada appoinment lain. Iman menangis sendiri di tempat kenangan manis mereka.

Encik Suami Mat Salih Celup Ep16

Umi terkejut bila Ian minta dia pinangkan Keisha. Tanpa banyak soal jawab, Ian bertegas dengan keputusannya. Iman yang jumpa Umi dinasihatkan Umi agar pujuk Ian agar tak berkahwin dengan Keisha tapi Iman mengakui dia yang suruh Ian kahwin dengan Keisha kerana rasa terhutang budi apa yang Ian dan keluarga Umi lakukan pada dia. Umi simpati dan minta Iman jangan putus asa. Selepas itu Ian dan Iman seperti orang asing. Jarang bertegur sapa. Iman redha dan cuba juga buat lawak atau menegur tapi ian sangat serius dan langsung dingin. Siap katakan yang tak perlu Iman peduli urusan dia. Iman menangis sendiri. Selalu berkongsi masalah dengan Auni tapi tak ceritakan hal sebenar. Iman cuma mahu Auni tenangkan dirinya kerana sifat Iman yang perahsia. Bila Auni tanyakan pada Ian, Ian suruh Auni tanyakan semula kepada Iman. Lagi lah Auni bertambah pelik. Melihatkan Ian bagaikan berpatah arang dengannya, Iman akur dan tak berusaha untuk berbaik atau pujuk Ian lagi.

Encik Suami Mat Salih Celup Ep15

Iman cuba bertenang dan jelaskan yang Ian sudah lupakan Keisha dan bahagia dengan dia tapi Keisha mahu tuntut semula janji Ian. Memang dia tinggalkan Ian tapi Ian pernah berjanji akan terima Keisha kalau Keisha kembali semula mencari dia. Iman tetap pertahankan Ian dan suruh Keisha terima takdir. Tapi Keisha tetap pertahankan haknya. Iman serba-salah nak tanya atau tak pada Ian tentang Keisha. Iman cuba siasat, tanya Umi jika tahu tentang bekas-bekas kekasih Ian namun hubungan Umi dan Ian yang tak rapat dulu menyebabkan Ian tak pernah berkongsi cerita. Iman skype pula Jazmin tanya dan Jazmin pernah dengar Ian cerita tentang kekasihnya dulu tapi tak tau siapa. Iman makin buntu. Hatinya dah panas. Untuk kawal marahnya, Iman mesej Ian minta izin tidur di rumah mamanya. Ian pelik tiba-tiba Iman nak tidur di rumah mamanya. Syazwan tanya betul-betul pada Ian betul ke apa yang dia buat itu. Ian yakin dengan keputusannya. Ian cuba pujuk Iman dengan mesej-mesej romantik.

Encik Suami Mat Salih Celup Ep14

Ian tergamam bila Keisha tiba-tiba muncul. Keisha mahu menuntut janjinya dulu iaitu berkahwin dengannya. Ian katakan yang dia sudah berkahwin dan bahagia. Keisha tak boleh terima hakikat itu dan tetap mahu Ian tunaikan janjinya. Ian tetap bertegas dan lari daripada Keisha. Iman minta pandangan daripada Auni tentang pelaung kedua. Auni terkejut kerana sangkakan Iman mahu beri peluang kedua kepada Naim. Sebenarnya Iman bercakap tentang Ian dan Auni nasihatkan minta petunjuk dari Allah. Ian cuba beramah lagi dengan Iman tapi Iman buat bodoh dan selamba saja, sudah tidak ada kemesraan. Tapi adakalanya Iman terlepas juga sikap mengusik dan membuli Ian. Ian sedar Iman terlalu ego utuk memaafkannya. Iman tetap menghormati Ian sebagai suaminya. Mama Iman tiba-tiba datang nak bermalam di rumah Iman. Iman kelam kabut sebab barangnya banyak di dalam bilik tetamu. Ian sindir Iman tapi bagi juga cadangan menipu yang barang Iman tak muat di bilik mereka.

Encik Suami Mat Salih Celup Ep13

Iman jelaskan perkara sebenar tapi Ian terus menghinanya lalu Iman nak keluar dari rumah. Ian tak benarkan tapi Iman tak peduli terus nak keluar juga. Ian tarik Iman, menyesal dan minta maaf tapi Iman sudah menangis dan bencikan Ian. Kerana sakit hati dan terhina dengan kata-kata Ian, Iman memilih untuk mereka tidur berasingan di rumah baru mereka. Ian tak mampu nak kata apa kerana tau bersalah. Ian minta maaf pada Iman tapi Iman tetap cakap dia bencikan Ian yang menghinanya. Namun Ian juga tak peduli dan mengaku terlalu sayangkan Iman. Tapi Iman tak percaya dan hati masih sakit. Selama seminggu Ian cuba berbual dan buat perkara romantik pada Iman namun Iman keras hati, layan sekadar hormat sebagai seorang suami. Tapi di belakang Ian, Iman pun rindu sebenarnya. Tapi dia mahu ajar Ian yang terlalu lancang mulutnya itu. Ian rasa Iman memang takkan terima dia lagi. Tapi Syazwan yakin Iman hanya jual mahal dan minta beri masa. Ian kadang-kadang tak faham kenapa Iman terlalu ego.

Encik Suami Mat Salih Celup Ep12

Iman memandu dalam keadaan menyesal dan menangis sebab tak percaya Ian sakit betul-betul. Dia berjanji pada diri sendiri takkan paksa lagi Ian makan makanan Melayu yang ekstrim sangat bagi Mat Salih celup macam Ian. Setibanya di rumah, Ian terlantar sakit dan lemah. Ian mahu Iman tulis permintaan terakhirnya. Iman menangis dan merayu agar Ian ke hospital. Umi juga risau dan sudah pujuk tapi Ian tetap berdegil. Ian katakan kalau Iman sanggup dukung dia, barulah dia rela nak ke hospital. iman tak kisah lalu cuba dukung Ian di belakangnya. Ian dah tak tahan, tergelak. Umi juga minta Ian hentikan lakoannaya itu. Iman terkejut dan geram lalu tolak Ian sampai jatuh terlentang. Iman penat menangis tapi sedap-sedap je Ian tipu dia. Ian pujuk lagi sebelum itu pun dia kena lagi teruk. Jadi mereka kosong-kosong lah. Iman akur tapi nekad akan cari peluang untuk balas dendam lagi. Dia tak sangka Mat Salih celup tu terlebih pandai pula dalam bab-bab mengenakan dia.

Encik Suami Mat Salih Celup Ep11

Ian terpaksa selamatkan Iman bila Iman hampir lemas. Walaupun sudah salah, Ian tetap pertahankan diri semuanya salah Imani. Imani geram dan nekad akan balas dendam. Selepas kejadian lemas itu, Ian memaksa Iman untuk belajar berenang dengannya tapi Iman berdegil dan ada saja alasannya. Iman tahu kalau dia belajar dengan Ian, pasti Ian akan membulinya. Tapi atas pujukan mama Julia, Iman terpaksa juga belajar. Ian seronok, ada peluang dia membuli. Tapi Ian mengajar dengan ikhlas dan betul tapi nselalu disyak wasangka Iman. Beberapa kali nak lemas, Ian selamatkan Iman. Dan Ian mahu Iman yakin dengan dia yang akan melindungi dia selagi dia bergelar isterinya. Untuk kelas BM nya, Ian bosan dengan mneulis karangan. Iman dapat idea best, suruh Ian dengar khutbah Jumaat, dan balik minta Ian terangkan semula padanya dan pada mama Julia. Terkial-kial Ian terangkan mulanya, sengaja nak bagi Iman seronok tapi bila Ian keluarkan hadis, Iman terkedu.

Encik Suami Mat Salih Celup Ep10

Iman memujuk Ian dan minta maaf. Dia cuma mahu keluarga itu bahagia saja. Iman berpakat dengan walid untuk pujuk Umi pula. Walid pujuk isterinya dan akan sentiasa beri sokongan. Akhirnya Ian dan Umi cuba menyelesaikan masalah mereka. Barulah Ian tahu cerita sebenanya, neneknya yang merayu agar dia ditinggalkan bersamanya jika Umi mahu pulihkan hubungan mereka. Kerana walid Ian berkahwin dengan Julia tanpa restu daripada nenek Ian. Selepas itu Ian dan umi makin erat dan mesra. Ian sengaja nak kenakan Iman dan umumkan yang Iman kena masak malam itu. Iman pula nak kenakan semula Ian, masak Ikan keli, tempe goreng iaitu semua benda yang tak pernah Ian makan dan tak suka ikan keli. Ian mogok lapar tapi bila dipujuk, cair dan terpaksa akur dengan cikgu garangnya untuk makan juga. Waktu itulah Ian terlepas cakap Iman bukan cinta pertamanya tapi cinta paling mendalamnya. Tapi bila Iman tanya semula betul ke apa yang Ian maksudkan, Ian buat-buat tak tahu. Iman makin keliru. Bila dapat tah

Encik Suami Mat Salih Celup Ep9

Iman terkejut dengar jeritan Ian yang bermimpi. Bila Ian terjaga, dia mahu Iman berjanji tidak akan tinggalkannya. Iman walaupun hairan, berjanji juga. Paginya Ian menghilangkan diri walaupun demam. Iman risau. Tambah risau bila Umi juga tak buka mulut langsung. Iman nekad untuk selesaikan masalah mereka. Iman cari Ian di pejabatnya walaupun hari Ahad. Ian memang lari dari uminya lalu Iman paksa pergi ke klinik. Dan Iman terpaksa akur bila Ian tak mahu balik rumah semula pada masa itu. Walid nasihatkan supaya Julia berterus-terang pada Ian apa yang sebenarnya berlaku. Dia tak mahu Ian terus berdendam dan terluka. Tapi Julia merasakan jika dia berterus-terang, akan mengaibkan ibu mertuanya pula. Dia tak mahu Ian menuduhnya menunding salah pada orang lain pula. Selepas kejadian itu Ian jadi pendiam dan hanya balik ke rumah untuk tukar baju saja. Iman puas memujuk Umi yang juga muram saja dan pujuk Ian mahu tahu cerita sebenar tapi dua-dua diam saja.

Encik Suami Mat Salih Celup Ep8

Naim minta maaf pada Iman tapi Iman cepat-cepat lari dan masuk serta tunggu agak lama dalam bilik air. Bila yakin Naim sudah tak ada lagi, Iman beredar balik. Iman serba-salah nak bagitau Ian atau tidak. Naim mula menyesal kerana putus dengan Iman dulu. Dia tak sangka Iman lebih bahagia daripadanya kini. Naim datang ke butik Iman dan jelaskan yang dia menyesal dan harap dia yang kahwin dengan Iman bukan Mat Salih tak tau asal usul itu. Iman bengang dan maki Naim serta bagi amaran jangan ganggu dia lagi. Dora yang geram Naim putuskan hubungan dengannya berazam untuk pikat semula Naim. Dora belajar masak macam yang Naim suka dan puji Iman. Dora bagi ayat-ayat punchline untuk Naim tapi Naim tak melayannya. Ian dan Iman ke pasaraya beli barang untuk berkelah di Port Dickson esoknya. Seperti biasa mereka berbalah pasal makanan kerana Iman tak mahu buat sandwich, sebaliknya buat kimbap atau shusi yang Ian tak suka. Di pantai, Iman bertanya jika Ian ada kekasih sebelum itu.

Encik Suami Mat Salih Celup Ep7

Rupa-rupanya Ian pagi-pagi lagi sudah keluar dan pakai keretanya tanpa izin dulu. Iman bengang dan merajuk. Ian bagi alasan kalau minta izin memang tak lah Iman nak bagi. iman bersabar dan mencari idea untuk kenakan semula Ian. Ian dah mula nak menggatal dengan Iman. Masa baca novel, Ian sengaja tanya pada Iman apa maksud sesuatu. Bila Iman tengok, Ian sengaja makin dekat dengannya macam nak cium. Iman yang berdebar ketuk novel ke kepala Ian. Iman memujuk Umi ceritakan tentang hubungannya dengan Ian. Umi ceritakan kenapa Ian lama tinggal di UK dan mahu Iman jaga Ian supaya tak pindah ke UK semula. Iman pelik kenapa Ian tinggal dengan nenek dan atuknya sejak umur 5 tahun tapi umi serba-salah, tak jawab. Iman syak ada sesuatu yang tak kena. Iman culik jam tangan Ian dan sorok jam tangan yang lain. Kemudian Iman tinggalkan jam berwarna pink nya untuk balas dendam pada Ian yang culik keretanya sebelum itu. Tapi hingga ke tengahari Ian tak telefon atau mesej, buatkan Iman risau juga.

Encik Suami Mat Salih Celup Ep6

Ketika Iman tergamam, Ian ambil kertas di belakang Iman dan koyakkannya dengan sengih. Tapi kemudian Iman dengan bangga juga, tunjuk banyak lagi salinan perjanjian itu kerana tahu Ian tak setuju. Ian bengang je dan terpaksa akur. Mama Iman call pada tiga pagi kerana Nisa nak beranak sebab along pengsan mabuk darah. Kelam kabut Iman kejutkan Ian dan tak bagi Ian tukar baju dan seluarnya dan terus pergi dengan Ian terpinga-pinga blur. Nisa selamat bersalin anak lelaki dan mereka balik ke rumah Ian. Iman terkejut dia sudah atas katil kerana tak ingat pun dia naik tangga. Umi bagitau Ian dukung Iman bawa naik atas dan bilik. Iman senyum, ada modal dia nak kenakan Ian nanti. Bila Iman tanya pada Ian, Ian tak mengaku mendukung Iman. Ian terkial-kial dipaksa Iman untuk makan nasi menggunakan tangan. Tapi disebabkan Iman ada saja kata-kata kelakarnya membuatkan Ian terpaksa dalam lawak juga. Iman mula mengajar Ian bahasa Melayu dan terjadilah perbualan kelakar dan mencuit hati.

Encik Suami Mat Salih Celup Ep5

Iman hairan Ian akan balik semula ke UK dengan alasan masih ada urusan kerja sedangkan Sabtu itu mereka akan bersanding di rumah Ian pula. Iman walaupun risau Ian akan lari, lega sikit bila teringat yang Ian sudah tandatangan perjanjian mereka. Malam pertama mereka bermula dengan perbalahan untuk merebut katil. Yang tentunya dimenangi oleh Imani. Tapi kemudian Ian dengan renungan tajamnya, minta Imani sesuatu yang lain. Imani sudah saspen. Rupa-rupanya Ian tak dapat tidur dan minta Iman temannya menonton tv. Malam itu dihabiskan dengan tidur di depan tv. Walaupun kelakar dengan Ian yang banyak tanya, Iman melayannya dengan baik juga. Ian juga walaupun adakalanya sakit hati dengan perangai sengal dan kutukan Imani, dia terhibur juga dan mengikut rentak yang sama. Mereka ke mall untuk membeli kasut dan terserempak dengan Naim dan Dora. Naim menyindir Iman yang berjaya juga dapatkan penggantinya dalam masa terdekat. Iman nyaris mengamuk dan membelasah Naim dan Dora,

 
Tonton Drama KB - U Gembira I Pun Happy