
Post Lain: Senarai Penuh Drama & Telemovie
Encik Suami Mat Salih Celup Ep12
Iman memandu dalam keadaan menyesal dan menangis sebab tak percaya Ian sakit betul-betul. Dia berjanji pada diri sendiri takkan paksa lagi Ian makan makanan Melayu yang ekstrim sangat bagi Mat Salih celup macam Ian. Setibanya di rumah, Ian terlantar sakit dan lemah. Ian mahu Iman tulis permintaan terakhirnya. Iman menangis dan merayu agar Ian ke hospital. Umi juga risau dan sudah pujuk tapi Ian tetap berdegil. Ian katakan kalau Iman sanggup dukung dia, barulah dia rela nak ke hospital. iman tak kisah lalu cuba dukung Ian di belakangnya. Ian dah tak tahan, tergelak. Umi juga minta Ian hentikan lakoannaya itu. Iman terkejut dan geram lalu tolak Ian sampai jatuh terlentang. Iman penat menangis tapi sedap-sedap je Ian tipu dia. Ian pujuk lagi sebelum itu pun dia kena lagi teruk. Jadi mereka kosong-kosong lah. Iman akur tapi nekad akan cari peluang untuk balas dendam lagi. Dia tak sangka Mat Salih celup tu terlebih pandai pula dalam bab-bab mengenakan dia.

Labels:
Encik Suami Mat Salih Celup

