
Post Lain: Senarai Penuh Drama & Telemovie
Encik Suami Mat Salih Celup Ep13
Iman jelaskan perkara sebenar tapi Ian terus menghinanya lalu Iman nak keluar dari rumah. Ian tak benarkan tapi Iman tak peduli terus nak keluar juga. Ian tarik Iman, menyesal dan minta maaf tapi Iman sudah menangis dan bencikan Ian. Kerana sakit hati dan terhina dengan kata-kata Ian, Iman memilih untuk mereka tidur berasingan di rumah baru mereka. Ian tak mampu nak kata apa kerana tau bersalah. Ian minta maaf pada Iman tapi Iman tetap cakap dia bencikan Ian yang menghinanya. Namun Ian juga tak peduli dan mengaku terlalu sayangkan Iman. Tapi Iman tak percaya dan hati masih sakit. Selama seminggu Ian cuba berbual dan buat perkara romantik pada Iman namun Iman keras hati, layan sekadar hormat sebagai seorang suami. Tapi di belakang Ian, Iman pun rindu sebenarnya. Tapi dia mahu ajar Ian yang terlalu lancang mulutnya itu. Ian rasa Iman memang takkan terima dia lagi. Tapi Syazwan yakin Iman hanya jual mahal dan minta beri masa. Ian kadang-kadang tak faham kenapa Iman terlalu ego.

Labels:
Encik Suami Mat Salih Celup

