Encik Suami Mat Salih Celup Ep18

Iman gembira bila tarikh kahwin Ian dan Keisha jatuh pada tarikh butiknya sertai ekspo di satu daerah agak jauh dari KL. Dapatlah dia larikan diri nanti. Iman terpaksa bersabar dengan sikap Ian yang buatnya macam tunggul. Setiap malam Iman menangis. Ian sebenarnya nampak Iman selalu menangis seorang diri tapi kuatkan hati yang dengan cara itu saja dia boleh ajar Iman. Kalau Firas tak boleh jumpa, Auni yang geram pergi juga menyerang Ian. Ian penat dan rimas dia pula yang terpaksa menjawab semua lalu minta Auni tolongnya (pakat sama berlakon). Akhirnya Angah dan Along Iman tahu juga Ian nak kahwin lain. Semua kecoh. Mama susah hati. Along nak mengamuk pada Ian tapi disabarkan oleh Angah kerana mereka perlukan penjelasan daripada kedua-dua pihak. Iman yang dipanggil mengadap mereka terpaksa juga mengakui dia yang beri izin pada Ian untuk kahwin lagi. Along tak puas hati lalu pergi berjumpa dengan Ian yang kebetulan sedang dating dengan Keisha.

Share this video :
 
Tonton Drama KB - U Gembira I Pun Happy