
Post Lain: Senarai Penuh Drama & Telemovie
Encik Suami Mat Salih Celup Ep16
Umi terkejut bila Ian minta dia pinangkan Keisha. Tanpa banyak soal jawab, Ian bertegas dengan keputusannya. Iman yang jumpa Umi dinasihatkan Umi agar pujuk Ian agar tak berkahwin dengan Keisha tapi Iman mengakui dia yang suruh Ian kahwin dengan Keisha kerana rasa terhutang budi apa yang Ian dan keluarga Umi lakukan pada dia. Umi simpati dan minta Iman jangan putus asa. Selepas itu Ian dan Iman seperti orang asing. Jarang bertegur sapa. Iman redha dan cuba juga buat lawak atau menegur tapi ian sangat serius dan langsung dingin. Siap katakan yang tak perlu Iman peduli urusan dia. Iman menangis sendiri. Selalu berkongsi masalah dengan Auni tapi tak ceritakan hal sebenar. Iman cuma mahu Auni tenangkan dirinya kerana sifat Iman yang perahsia. Bila Auni tanyakan pada Ian, Ian suruh Auni tanyakan semula kepada Iman. Lagi lah Auni bertambah pelik. Melihatkan Ian bagaikan berpatah arang dengannya, Iman akur dan tak berusaha untuk berbaik atau pujuk Ian lagi.

Labels:
Encik Suami Mat Salih Celup

