Encik Suami Mat Salih Celup Ep19

Keluarga Ian cuba pujuk Ian agar batalkan pernikahan dengan Keisha tapi Ian tak peduli kerana Iman tahu semua salahnya. Iman ucapkan tahniah kepada Ian sebelum bergerak ke luar daerah. Ian langsung tak ada perasaan dan tak hantar pun Iman ke pintu pagar. Itu menambahkan lagi sedih Iman. Kesibukan di ekspo perkahwinan sikit sebanyak buatkan Iman lupa dengan Ian dan Keisha. Nuha, kawan baiknya menjadi teman bercerita. Nuha yang dapat tahu tentang Ian akan kahwin dengan Keisha marahkan Iman kerana tak berterus terang perasaannya pada Ian. Iman mengaku dia yang salah dan ego. Jazmin yang bengang, sanggup balik dari UK semata-mata untuk membelasah abangnya Ian. Jazmin serang Ian di pejabatnya. Ian tak ada jalan lain lagi bila semua marah dan salahkannya. Ian terpaksa terangkan hal sebenar. Along rancang nak sabotaj majlis nikah Ian dan Keisha tapi Angah mahu pujuk Ian dulu. Walaupun Angah dan Along pujuk Ian, Ian tetap dengan pendiriannya.

Share this video :
 
Tonton Drama KB - U Gembira I Pun Happy