
Post Lain: Senarai Penuh Drama & Telemovie
Jangan Ikut Aku Ep3
Akil pulang semula ke KL setelah mendapat tahu yang Tok Misai telah meninggal dunia. Siti yang mengesyaki Akil mengambil cincin Keramat 4 telah mengekori Akil hingga ke KL. Sampai di KL, Akil pelik lihat perangai Nabil yang tiba-tiba rajin memasak dan mengemas rumah [Nabil dirasuk Jin peliharaan Tok Misai]. Nabil yang juga Assistant kepada Akil di bengkel diminta Akil untuk mencari seorang kerani kerana kerja-kerja pejabat di bengkel terlalu banyak dan tidak sempat diuruskan Akil. Siti mengambil kesempatan itu untuk memohon kerja di bengkel Akil untuk mencari cincin keramat 4 milik bapanya. Siti berjaya bekerja di bengkel Akil kerana Nabil telah terpikat kepada Siti. Di rumah Akil mula tidak tenteram kerana sering diganggu jin-jin Tok Misai. Akil juga mula risau kerana Sahak jirannya menceritakan yang anaknya sering diganggu makhluk halus. Akil mula mencari dukun-dukun untuk menghalau makhluk halus di internet tetapi terkejut dengan bayaran mahal yang bakal dikenakan terhadap perkhidmatan dukun-dukun tersebut. Suatu hari Akil terkejut bila seekor demi seekor Jin Tok misai merasuk Nabil dan memberitahu padanya supaya tidak perlu takutkan mereka kerana mereka tidak akan apa-apakan Akil. Mereka berjanji untuk pergi dari rumah Akil jika Akil memenuhi permintaan mereka. Akil terkejut. Akil tidak mahu menlayan jin-jin tersebut. Akil menghalau mereka. Mereka menurut kata-kata Akil kerana takutkan cincin keramat 4 yang dipakai Akil. Jin-jin yang tidak puas hati dengan Akil menganggu Akil di bengkel. Berbagai perkara dilakukan oleh Jin-jin tersebut yang menyebabkan Akil dalam kesusahan. Akil bengang dan akhirnya menyerah kalah. Akil bersetuju untuk menunaikan segala permintaan saka-saka tersebut supaya saka-saka tersebut tidak mengganggunya lagi... Bersambung…

Labels:
Jangan Ikut Aku

