Showing posts with label Jangan Ikut Aku. Show all posts
Showing posts with label Jangan Ikut Aku. Show all posts

Jangan Ikut Aku Ep12

Akil ke rumah Cikgu Shila dan cuba memujuknya tetapi Cikgu Shila takut untuk berada bersama Akil. Akil berjanji akan selesaikan segala masalah yang dihadapinya dan akan berjumpa dengan Cikgu Shila setelah masalahnya selesai. Akil menalipon SIti untuk berjumpa untuk pulangkan cincin keramat 4. Ketika masuk ke dalam rumah untuk ambil cincin, Akil terkejut kerana Dukun Anjang Itam telah menunggu Akil di dalam rumahnya. Dukun Anjang Itam beritahu Akil yang saka-saka itu tak akan pergi dari hidup Akil selagi Akil pegang ‘cincin keramat 4’ milik Tok Misai. Akil terkejut. Dukun Anjang Itam minta cincin ‘keramat 4’ dari Akil. Akil tidak mahu berikan pada Dukun Anjang Itam kerana takut di salah gunakan. Dukun Anjang Itam mengamuk. Dukun Anjang Itam akhirnya menggunakan Cikgu Shila sebagai tebusan dan meminta cincin tersebut sekali lagi jika tidak Cikgu Shila akan dibunuh. Kesemua Jin datang menolong Akil tetapi Dukun Anjang Itam menggunakan kuasanya untuk melemahkan semua jin. Siti yang menunggu lama Akil rasa tak sedap hati. Siti bersama Nabil dan Pak Sudin pergi ke rumah Akil. Pak Sudin bertarung dengan Dukun Anjang Itam dan berjaya menundukkan Dukun Anjang Itam. Dukun Anjang Itam diserahkan kepada polis dengan tuduhan menculik Cikgu Shila. Akil marahkan jin-jin semua kerana tidak memberitahunya tentang hubungan mereka dengan cincin ‘keramat 4’ yang disimpannya. Akil beritahu pada semua jin yang dia terpaksa berpisah dengan mereka kerana kehidupan manusia dan makhluk seperti mereka sangat berbeza. Akil suruh jin-jin pergi kerana takut Dukun Anjang Itam akan mencari mereka semula. Mereka pergi tinggalkan Akil dengan wajah yang sedih. Pak Sudin sekali lagi datang ke rumah Akil bersama Siti untuk memastikan jin-jin tidak mendampingi Akil lagi. Siti setuju cincin ‘keramat 4’ diberi kepada Pak Sudin. Pak Sudin juga ‘memagar’ Akil supaya Akil tidak lagi diganggu dan didatangi oleh jin-jin dahulu. Pak Sudin suruh Akil supaya tidak tinggalkan solat kerana orang yang banyak mendekatkan diri dengan Allah tidak disukai oleh jin dan syaitan. Akil faham. Akil terserempak dengan Cikgu Shila di luar masjid. Cikgu Shila bertanya kenapa Akil sudah lama tidak berhubung dengannya. Akil tak sangka Cikgu Shila masih mahu berkawan dengannya.

Jangan Ikut Aku Ep11

Akil mencari Siti bertanyakan mengenai rantai yang dipakainya dahulu. Siti beritahu yang rantai tersebut Tok Misai berikan padanya supaya Mayang Kasturi tidak menganggunya lagi. Akil terkejut. Akil kemudian pergi ke biliknya dan ternampak baju kebaya yang tergantung di belakang pintu dan sijil serta piala kemenangan tempat pertama ratu kebaya. Akil bengang kerana selama ini dia di tipu oleh jin-jin yang duduk di rumahnya. Akil berjumpa Kimchi... bertanya adakah dia benar-benar berasal dari Korea. Kimchi mengaku tetapi dia tak mahu pulang lagi ke Korea kerana suka tinggal di sini. Akil bengang. Akil bertanya pada semua saka adakah semua yang mereka ceritakan padanya selama ini adalah penipuan semata-mata... mereka diam dan tidak berkata apa-apa. Akil minta meraka tinggalkan dirinya kerana dia tak boleh menjaga mereka. Mayang Kasturi memberitahu yang mereka cuma mahu tinggal dengan Akil. Mereka tidak boleh tinggalkan Akil kerana Tok Misai telah tiada. mereka perlukan Akil sebagai penjaga mereka. Akil terkejut. Nabil berjumpa dengan Akil dan bertanya jika Akil ada sorokkan sesuatu dari pengetahuannya. Akil beritahu hal yang sebenarnya mengenai jin-jin di rumahnya. Akil minta maaf pada Nabil. Nabil marahkan Akil kerana selama ini dia percayakan Akil sama seperti adik kandungnya. Nabil beritahu selagi Akil tidak menghalau saka-saka tersebut dia tak akan berjumpa lagi dengan Akil. Akil sedih. Akil mencari bomoh yang boleh halau jin di google dan terjumpa dengan Dukun Anjang Itam. Dukun Anjang Itam tak sangka yang jin yang selama ini dicari berada di rumah Akil... Dukun Anjang Itam gembira... Dukun dating ke rumah Akil dan bertanya jika Akil ada sesuatu yang dibawa dari rumah Tok Misai ke rumah Akil [cincin]. Akil mengatakkan tidak kerana takut cincin tersebut di ambil nanti oleh Dukun Anjang Itam. Sementara itu Cikgu Shila datang berjumpa Akil. Cikgu Shila bertanya adakah benar desas desus yang mengatakan saka-saka berkeliaran di sekitar taman perumahan mereka datang dari rumah Akil. Akil terdiam. Tak mahu lagi menipu Cikgu Shila. Cikgu Shila terus tinggalkan Akil.

Jangan Ikut Aku Ep10

Akil bertanya pada semua jin adakan mereka ada mengganggu penduduk di taman tersebut. Mereka tidak mengaku. Pak Sudin juga ada berjumpa dengan Akil di luar rumah Sahak. Pak Sudin berpesan pada Akil supaya jangan berhubung dan berkawan dengan makhluk halus atau jin kerana takut kita akan terikat dengan mereka. Akil terkejut. Dia dapat rasakan yang Pak Sudin tahu kewujudan jin-jin dirumahnya. Akil berjumpa dengan semua jin dan beritau yang mereka tak boleh tinggal di situ lagi tetapi belum sempat Akil bagitau, Kimchi keluarkan sebentuk cincin dan suruh bagi pada Cikgu Shila. Akil gembira. Dalam masa yang sama ramai penduduk di taman perumahan Akil diganggu oleh jin-jin Tok Misai. Jendul juga telah pergi berjumpa Akmal. Teman sepermainan yang telah lama terpisah darinya dahulu. Keluarga Akmal mula takut kerana Akmal mula bercakap seorang diri seperti semasa diganggu Jendul dahulu. Sementara itu Siti berjumpa Akil dan mengugut akan beritahu Cikgu Shila apa yang telah Akil lakukan jika tak berikannya cincin keramat 4 kepadanya. Akil bengang. Siti nasihatkan jika Akil lambat bertindak menghalau jin-jin tersebut, Akil akhirnya akan menjadi hamba kepada jin-jin tersebut. Akil terkejut. Nabil yang mula curiga Siti ada hubungan dengan Akil bertanya pada Siti mengenai perkara sebenar. Dia tahu ada sesuatu yang Siti mahu dari Akil. Siti beritahu yang Akil ada membela saka. Nabil terkejut. Nabil mula teringatkan jin-jinsaka yang pernah dia jumpa dirumah dan sikap Akil yang pelik. Nabil mula rasakan apa yang dikatakan oleh Siti adalah benar. Suatu hari Bapa Akmal menghantar keretanya yang rosak ke bengkel Akil. Melihatkan bapa Akmal yang nampak runsing Akil bertanya jika dia boleh berikan pertolongan pada bapa Akmal. Bapa Akmal ceritakan Jendul yang sering menganggu anaknya. Akil terkejut. Dia tahu mengambil loceng untuk Jendul tempoh hari adalah suatu kesalahan yang besar. Akil teringat kata-kata Pak Sudin padanya yang jin mempunyai sifat suka memperdaya manusia dan manusia yang lemah akan terpedaya dengan tipu muslihat jin dan syaitan. Akil menyiasat di manakah rumah bapa Akmal. Akil terkejut kerana itulah tempat dia mengambil loceng untuk Jendul. Taulah selama ini dia dipermainkan oleh Jendul. Akil teringatkan saka-saka yang lain. Mungkin mereka juga mempermainkan dirinya

Jangan Ikut Aku Ep9

Cikgu Shila datang ke bengkel Akil untuk menyerahkan barang Akil yang tertinggal di dalam keretanya sewaktu menolong Cikgu Shila yang pancit tayarnya. Akil cuba untuk beritau Cikgu Shila untuk keluar makan malam pada hari itu tetapi Akil asyik tergagap-gagap dan takut untuk keluarkan kata-katanya dari mulutnya. Cikgu Shila pulang tanpa sempat Akil berkata apa-apa. Jin semua ketawakan Akil. Akil bengang. Mayang Sari berikan handphone pada Akil supaya menalipon Cikgu Shila. Dengan bantuan Kimchi Akil berjaya mempelawa Cikgu Shila untuk keluar makan malam dengannya. Bigfoot dan Kimchi yang pandai dalam berfesyen menolong Akil dalam menukar imejnya agar lebih kemas. Mayang Kasturi cuba mendekati Siti. Siti mengikut kata Pak Sudin supaya banyakkan mengaji dan solat sunat supaya jin dan Syaitan tidak mendekati. Mayang Kasturi bengang. Sementara itu Siti sedaya upaya mencari jalan untuk mendapatkan semula cincin keramat 4. Siti sebenarnya telah berjanji dengan bapanya, Tok Misai untuk menghapuskan cincin tersebut jika Tok Misai meninggal kerana tidak mahu cincin tersebut disalah gunakan. Siti berjumpa dengan Akil dan minta Akil serahkan cincin Tok Misai kepadanya. Siti beritahu dia adalah anak Tok Misai. Akil terkejut. Siti beritahu Akil tak boleh pegang cincin tersebut kerana Akil tiada ilmu untuk mengawal jin-jin tersebut. Akil tak peduli dengan kata-kata Siti kerana sibuk dengan Cikgu Shila. Akil leka dengan Jin-jin Tok Misai yang tak henti menolongnya untuk memikat hati Cikgu Shila. Jin-jin tersebut menyediakan berbagai hadiah untuk diberikan kepada Cikgu Shila. Hubungan Cikgu Shila dan Akil bertambah rapat. Dengan pertolongan Kimchi, Akil berjaya meluahkan perasaannya terhadap Cikgu Shila. Cikgu Shila akhirnya menerima cinta Akil. Akil gembira. Suatu hari Nabil ternampak Bigfoot keluar dari pintu dapur dan terus masuk ke dalam tandas. Nabil pengsan. Akil bertambah risau bila Cikgu Shila tidak mahu keluar dengannya pada waktu malam kerana takut akan desas desus yang mengatakan ada makhluk halus berkeliaran di waktu malam di taman mereka. Bersambung….

Jangan Ikut Aku Ep8


Akil dan Nabil bersama rakan-rakan mereka Lan dan Tahir berkhemah di sungai tempat mereka sering memancing. Akil mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena setalah dia membuang air di salah satu kawasan sungai ketika perkhemahan tersebut.

Jangan Ikut Aku Ep7

Akil berjumpa Kimchi untuk menunaikan permintaan Kimchi. Kimchi menceritakan yang dia dibawa oleh seorang pawang dari Korea untuk menolong seorang businessman untuk berjudi di Genting Highland. Dalam perjalanan ke Genting Highland mereka kemalangan dan pawang dan businessman tersebut mati di tempat kejadian. Kimchi yang tiada bertuan, merayau-rayau di sekitar lebuh raya dan menakutkan orang yang lalu lalang. Tok Misai dipanggil untuk menangkap Kimchi. Tok Misai gembira kerana impian untuk dapatkan ke empat-empat jin menjadi kenyataan dan cincin keramat 4 dapat digunakan bila semua jin itu disatukan. Kimchi minta Akil hantarnya ke Korea melalui badan Akil. Akil pening kerana untuk ke Korea perlukan banyak belanja sedangkan dia tak cukup duit. Akil minta Kimchi menangguhkan dulu permintaannya. Kimchi bengang. Kimchi buat berbagai perkara yang menyakitkan hati Akil supaya Akil mahu bawanya ke Korea seperti merasuk Akil dan menari k-pop di bengkel dan bercakap Korea dihadapan pekerjanya. Nabil menegur Akil yang semakin pelik perangainya. Akil bengang. Bila Akil berjumpa dengan sorang pemandu Van pos laju yang kerosakan kereta, Akil mendapat idea untuk menghantar Kimchi pulakng ke Korea. Akil minta Kimchi masuk ke dalam kotak dan dibungkus. Akil kemudiannya menghantar kotak tersebut ke pejabat pos dan buat hantaran ke Korea. Akil gembira kerana semua masalahnya dengan Jin-jin sudah selesai. Akil minta kesemua jin tinggalkan rumahnya kerana dia telah menunaikan semua permintaan mereka. Sementara itu Siti yang telah ternampak Akil memakai cincin keramat 4 bertekad untuk mendapatkan cincin tersebut dari Akil.

Jangan Ikut Aku Ep6

Mayang Kasturi menceritakan pada Akil tentang permintaannya. Akil diminta untuk mendapatkan semula rantai kepunyaannnya yang telah dicuri Tok Misai dahulu. Tok Misai mengambil rantainya setelah Mayang Kasturi ditangkap Tok MIsai kerana sering mendampingi seorang gadis bernama Elly. Mayang Kasturi memberitahu yang Tok Misai memegang rantainya supaya dia tidak boleh ke mana-mana. Mayang Kasturi meminta AKIL menolong untuk dapatkan semula rantai tersebut supaya dia boleh kembali ke tempat asalnya. Mayang Kasturi meminta Akil mendapatkan semula rantai tersebut dari seorang gadis yang telah diberikan rantainya oleh Tok Misai kerana dia tidak dapat memegang rantai selagi berada di badan orang yang memakai rantai tersebut. Mayang Kasturi memberitahu Akil dimana gadis yang memakai rantainya berada. Akil terkejut bila mendapat tahu rantai yang Mayang Kasturi mahu adalah rantai yang dipakai oleh Siti. Akil cuba untuk membeli rantai tersebut dari Siti tetapi Siti tidak mahu menjual kepada Akil. Akil minta maaf pada Mayang Kasturi kerana tidak dapat menolongnya. Mayang Kasturi bengang. Mayang Kasturi menangis tiap malam hingga mengganggu Akil dan jirannya. Kerana tidak tahan dengan gangguan Mayang Kasturi, Akil membuat rancangan untuk mencuri rantai tersebut dari Siti. Setelah berjaya mencuri rantai dari Siti, Akil pulang ke rumah dan berikan rantai tersebut pada Mayang Kasturi. Mayang Kasturi gembira. Akil lega kerana telah memenuhi permintaan Mayang Kasturi tanpa mengetahui yang rantai tersebut adalah rantai pengikat hubungan antara Mayang Kasturi dan Siti. Bermakna Siti akan sentiasa dalam bahaya kerana akan diganggu oleh Mayang Kasturi yang mahu sentiasa berdamping dengannya. Bersambung….

Jangan Ikut Aku Ep5

Akil bersedia untuk menunaikan permintaan jin ke dua iaitu permintaan Bigfoot. Bigfoot teringin sangat untuk memasuki pertandingan ratu cantik. Akil terkejut mendengar permintaan Bigfoot kerana mana mungkin dia menolong seekor Jin untuk masuki ke pertandingan Ratu cantik untuk manusia. Bigfoot disuruh melupakan hasratnya. Bigfoot bengang. Dalam diam Bigfoot telah merasuk Akil ketika Akil tidak memakai cincin Keramat 4. Akil langsung tidak sedar yang dia telah pergi mendaftar ke pertandingan Ratu Kebaya di sebuah kampong. Bila malam Akil yang dirasuk Bigfoot mencuba satu persatu baju kebaya dan mengayakannya di dalam bilik seperti seorang model catwalk. Nabil yang perasankan perubahan Akil cuba untuk menasihatkan Akil supaya kembali ke jalan yang benar kerana menyangka Akil cuba untuk menjadi seorang perempuan. Akil pelik mendengar nasihat Nabil. Hari pertandingan Ratu kebaya yang ditunggu Bigfoot menjelma. Bigfoot merasuk Akil. Bigfoot mengayakan dengan penuh yakin di pentas Pertandingan. Perbagai penipuan dilakukan oleh Bigfoot sehingga Bigfoot dimahkotakan sebagai Johan Ratu Kebaya. Bigfoot puas hati dengan kemenangannya. Bigfoot berjumpa Akil dan memberitahu yang Akil tak perlu tunaikan permintaannya kerana tahu susah untuk Akil laksanakan. Akil lega kerana Bigfoot faham situasinya tanpa mengetahui yang dirinya telah digunakan oleh Bigfoot untuk masuk ke pertandingan Ratu Kebaya. Bersambung….

Jangan Ikut Aku Ep4

Jin-jin peliharaan Tok Misai mula memperkenalkan diri masing-masing. Akil mengelar Jin budak dengan pangilan Jendul kerana dahinya yang jendul, Jin lelaki dengan nama Kimchi kerana JIn tersebut datang dari Korea, Jin yang berbadan besar [Kesuma Dewi] dipanggil Bigfoot kerana kakinya yang besar. Manakala Mayang Kasturi tidak mahu diubah namanya. Untuk permintaan yang pertama, Akil menunaikan permintaan Jendul. Jendul menceritakan tentang seorang budak, Akmal yang pernah menjadi teman baiknya tetapi tidak disukai oleh kedua ibu bapa Akmal. Mereka menganggap Jendul menganggu anak mereka. Berbagai cara dilakukan oleh ibu bapa Akmal untuk menghalau Jendul dari rumah mereka. Akhirnya Jendul terpaksa meninggalkan Akmal setelah Tok Misai dipanggil dan menangkap Jendul. Sekarang Jendul meminta Akil untuk mengambil loceng mainannya yang ditinggalkan di rumah Akmal. Loceng tersebut ditanam di belakang rumah Akmal. Jendul perlukan loceng tersebut untuk kembalikan ke tempat asal Jendul. Jendul juga sedih kerana loceng tersebut adalah pemberian ibunya. Akil kemudiannya menyamar sebagai tukang potong rumput dan pergi ke rumah Akmal. Akil pergi ke belakang rumah Akmal dan berjaya mengambil loceng tersebut. Jendul gembira kerana mendapat kembali loceng kesayangannya. Akil tidak sedar yang dia telah ditipu oleh Jendul. Loceng tersebut sebenarnya adalah pengikat hubungan Jendul dengan Akmal. Dengan adanya loceng tersebut Jendul dapat bersatu semula sebagai pendamping kepada Akmal. Bersambung….

Jangan Ikut Aku Ep3

Akil pulang semula ke KL setelah mendapat tahu yang Tok Misai telah meninggal dunia. Siti yang mengesyaki Akil mengambil cincin Keramat 4 telah mengekori Akil hingga ke KL. Sampai di KL, Akil pelik lihat perangai Nabil yang tiba-tiba rajin memasak dan mengemas rumah [Nabil dirasuk Jin peliharaan Tok Misai]. Nabil yang juga Assistant kepada Akil di bengkel diminta Akil untuk mencari seorang kerani kerana kerja-kerja pejabat di bengkel terlalu banyak dan tidak sempat diuruskan Akil. Siti mengambil kesempatan itu untuk memohon kerja di bengkel Akil untuk mencari cincin keramat 4 milik bapanya. Siti berjaya bekerja di bengkel Akil kerana Nabil telah terpikat kepada Siti. Di rumah Akil mula tidak tenteram kerana sering diganggu jin-jin Tok Misai. Akil juga mula risau kerana Sahak jirannya menceritakan yang anaknya sering diganggu makhluk halus. Akil mula mencari dukun-dukun untuk menghalau makhluk halus di internet tetapi terkejut dengan bayaran mahal yang bakal dikenakan terhadap perkhidmatan dukun-dukun tersebut. Suatu hari Akil terkejut bila seekor demi seekor Jin Tok misai merasuk Nabil dan memberitahu padanya supaya tidak perlu takutkan mereka kerana mereka tidak akan apa-apakan Akil. Mereka berjanji untuk pergi dari rumah Akil jika Akil memenuhi permintaan mereka. Akil terkejut. Akil tidak mahu menlayan jin-jin tersebut. Akil menghalau mereka. Mereka menurut kata-kata Akil kerana takutkan cincin keramat 4 yang dipakai Akil. Jin-jin yang tidak puas hati dengan Akil menganggu Akil di bengkel. Berbagai perkara dilakukan oleh Jin-jin tersebut yang menyebabkan Akil dalam kesusahan. Akil bengang dan akhirnya menyerah kalah. Akil bersetuju untuk menunaikan segala permintaan saka-saka tersebut supaya saka-saka tersebut tidak mengganggunya lagi... Bersambung…

Jangan Ikut Aku Ep2

Dukun Anjang Itam musuh Tok Misai sejak sekian lama telah lama mengidam untuk mendapatkan Cincin Keramat 4 yang dimiliki Tok Misai. Dukun Anjang Itam bengang kerana walaupun telah dia berjaya membunuh Tok Misai, Cincin Keramat 4 tetap tidak dijumpainya. Akil gembira kerana penyakit gatalnya telah sembuh setelah dia mandi dengan air jampi yang diberi oleh Tok Misai. Akil lebih ceria kerana tidurnya tidak lagi diganggu dengan penyakit gatalnya dahulu. Siti pulang ke kampong untuk menghadiri pengkebumian ayahnya, Tok Misai. Setelah selesai, Siti sedaya upaya mencari cincin Keramat 4 milik Tok Misai tetapi tidak berjumpa. Siti tahu seseorang telah mengambil cincin tersebut dan kematian ayahnya juga mungkin ada kaitan dengan cincin tersebut. Siti menyiasat untuk mengetahui siapa orang terakhir berjumpa dengan Tok Misai. Setelah menyelidik Siti dapat tahu orang terakhir berjumpa bapanya adalah Akil. Sementara itu, Sham yang tidak puas hati dengan Cikgu Shila yang telah memutuskan hubungan dengannya tidak berhenti mengganggu Cikgu Shila. Suatu hari Akil ternampak Sham menganggu dan memaksa Cikgu Shila mengikutnya. Akil menolong Cikgu Shila dan berjaya menakutkan Sham. Setelah pulang dari kampong, Akil mula mengalami berbagai peristiwa yang pelik seperti Nabil merengek seperti budak kecil dihadapannya [dirasuk Jin peliharaan Tok Misai], makanan dan pakaian telah tersedia untuknya sebelum dia pergi kerja dan Akil akhirnya ternampak kelibat jin-jin peliharaan Tok Misai. Kerana takut diganggu lagi, Akil pulang ke kampong untuk berubat dengan Tok Misai tetapi terkejut bila Mak Mah memberitahu yang Tok Misai telah meninggal dunia kerana di bunuh. Bersambung….


Jangan Ikut Aku Ep1

Akil [26] dan Nabil [28] bersama rakan-rakan mereka Lan dan Tahir berkhemah di sungai tempat mereka sering memancing. Akil mula merasakan ada sesuatu yang tak kena setelah dia membuang air di salah satu kawasan sungai ketika perkhemahan tersebut. Setelah pulang dari perkhemahan. Akil mula tidak nyenyak tidur kerana setiap malam dia akan berasa gatal-gatal badan. Ruam-ruam halus mula keluar dari badannya. Kerja-kerja di bengkelnya tak dapat dijalankan dengan baik kerana sudah beberapa hari akibat tak cukup tidur. Walaupun telah ke klinik, penyakit gatalnya tetap tak berubah. Nabil rakan serumahnya meyuruh Akil menalipon ibunya untuk minta nasihat kerana merasakan penyakit Akil agak pelik kerana hanya datang pada waktu malam. Sementara itu Cikgu Shila [25] kerosakan keretanya di tepi jalan. Dia kemudiannya menghantar keretanya ke bengkel Akil. Wajah Cikgu Shila yang menawan telah memikat hati Akil dalam diam. Teman lelaki Cikgu Shila, Sham sering membawa masalah padanya. Suatu hari kesabaran Cikgu Shila tidak dapat dibendung lagi bila wang kutipan PIBGnya dicuri Sham. Cikgu Shila nekad untuk memutuskan perhubungannya dengan Sham. Setelah tidak dapat mengawal lagi penyakit gatal Akil, Akil pulang ke kampong berjumpa ibunya. Ibunya Mak Mah minta Akil mendapatkan rawatan cara kampong dengan Dukun terkenal, Tok Misai. Tok Misai memberitahu yang Akil ‘keteguran’ oleh Jin di dalam hutan kerana mem’buang’ di tempat kediaman jin... Akil diminta datang keesokkan harinya untuk mengambil air mandian yang dijampi Tok Misai untuk membuang ganguan-ganguan yang ada didalam badannya... Keesokkan harinya Akil ke rumah Tok Misai. Kerana panggilannya pada Tok Misai tidak dijawab di luar rumah Tok Misai, Akil mula hendak beredar tetapi terhenti bila ternampak sebuah botol berisi air di tepi tangga rumah Tok Misai. Akil dapati di botol tersebut terlekat satu nota yang tertulis nama Akil dan cara mandian air tersebut. Fahamlah Akil air tersebut adalah untuknya... Akil juga mendapati ada cincin berdekatan botol air tadi. Menyangka cincin tersebut disediakan oleh Tok Misai untuknya. Akil terus memakai dan membawa balik cincin tersebut. Akil tidak sedar di dalam rumah Tok Misai telah mati dibunuh seseorang. Bersambung….


 
Tonton Drama KB - U Gembira I Pun Happy