
Post Lain: Senarai Penuh Drama & Telemovie
Jangan Ikut Aku Ep10
Akil bertanya pada semua jin adakan mereka ada mengganggu penduduk di taman tersebut. Mereka tidak mengaku. Pak Sudin juga ada berjumpa dengan Akil di luar rumah Sahak. Pak Sudin berpesan pada Akil supaya jangan berhubung dan berkawan dengan makhluk halus atau jin kerana takut kita akan terikat dengan mereka. Akil terkejut. Dia dapat rasakan yang Pak Sudin tahu kewujudan jin-jin dirumahnya. Akil berjumpa dengan semua jin dan beritau yang mereka tak boleh tinggal di situ lagi tetapi belum sempat Akil bagitau, Kimchi keluarkan sebentuk cincin dan suruh bagi pada Cikgu Shila. Akil gembira. Dalam masa yang sama ramai penduduk di taman perumahan Akil diganggu oleh jin-jin Tok Misai. Jendul juga telah pergi berjumpa Akmal. Teman sepermainan yang telah lama terpisah darinya dahulu. Keluarga Akmal mula takut kerana Akmal mula bercakap seorang diri seperti semasa diganggu Jendul dahulu. Sementara itu Siti berjumpa Akil dan mengugut akan beritahu Cikgu Shila apa yang telah Akil lakukan jika tak berikannya cincin keramat 4 kepadanya. Akil bengang. Siti nasihatkan jika Akil lambat bertindak menghalau jin-jin tersebut, Akil akhirnya akan menjadi hamba kepada jin-jin tersebut. Akil terkejut. Nabil yang mula curiga Siti ada hubungan dengan Akil bertanya pada Siti mengenai perkara sebenar. Dia tahu ada sesuatu yang Siti mahu dari Akil. Siti beritahu yang Akil ada membela saka. Nabil terkejut. Nabil mula teringatkan jin-jinsaka yang pernah dia jumpa dirumah dan sikap Akil yang pelik. Nabil mula rasakan apa yang dikatakan oleh Siti adalah benar. Suatu hari Bapa Akmal menghantar keretanya yang rosak ke bengkel Akil. Melihatkan bapa Akmal yang nampak runsing Akil bertanya jika dia boleh berikan pertolongan pada bapa Akmal. Bapa Akmal ceritakan Jendul yang sering menganggu anaknya. Akil terkejut. Dia tahu mengambil loceng untuk Jendul tempoh hari adalah suatu kesalahan yang besar. Akil teringat kata-kata Pak Sudin padanya yang jin mempunyai sifat suka memperdaya manusia dan manusia yang lemah akan terpedaya dengan tipu muslihat jin dan syaitan. Akil menyiasat di manakah rumah bapa Akmal. Akil terkejut kerana itulah tempat dia mengambil loceng untuk Jendul. Taulah selama ini dia dipermainkan oleh Jendul. Akil teringatkan saka-saka yang lain. Mungkin mereka juga mempermainkan dirinya

Labels:
Jangan Ikut Aku

